Thursday, April 26, 2012

suke ayt2 nie

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥


 
~✿ Dalam PERSAHABATAN antara lelaki dan perempuan, diumpamakan seperti api dan ais..jika ada BATAS JARAK, kedua-dua elemen ini TIDAK AKAN MEROSAKKAN satu sama lain..TETAPI bagaimana pula jika DI DEKATKAN keduanya? Sama ada api mencairkan ais, atau ais yang memadamkan api..✿~
 
 
 
 
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
Wahai Adam...
jangan pernah segan menegurku bila aku salah di matamu kerana sungguh Allah membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar ku mudah tersentuh dengan segala nasihat....mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan yg sedikit saja namun ingatlah adam...aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok maka fitrahku memang untuk bengkok..maka jgn memaksa untuk meluruskanku kerana kau akan menemukanku patah...sekali ku patah tak akan mampu kau sambung lagi namun,jangan pula membiarkanku terus dlm bengkok....
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

peringtan tuk semua..hehe

Hawa, 
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. 

Hawa, 
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

Hawa… 
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. 

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. 

Oleh itu Hawa, 
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. 

Hawa….. 
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. 

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.....

taekwando???serious??

asslamualikumm my peeps..ade ke yg nk skodeng blog aku??hahha..xdi aku tgok lam tv al hijrahh..ttbe dye crite sal taekwando..memg aku x berkelip la layn crite sal taekwando 2...memg nmpk tangkas ah dye pnye attck tue...tertarik sgt..hahaha..sbenrnye dh luahkan kt mak sal nk msuk taekwando nie tp x la smngt sgt..skrg rse bnde tue perlu tuk mse akn dtg...sb aku nie jenis yg penakut...dgn lipas pwn aku tkowt..so mugkin bnde nie bolh tlg ilangkn perasaan tkowt aku 2..