Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya ada empat perkara yang mesti ditutup dengan "tudung" :
♥ TUDUNG PADA WAJAH
-Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan
tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan
mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami, bukan pameran untuk
lelaki ajnabi.
♥ TUDUNG PADA MATA
-Jangan matanya memandang
lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan
memandang. Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Semua mata menangis
pada akhirat kelak kecuali mata yg dipejamkan daripada memandang apa2
yg diharamkan, mata yg berjaga waktu malam dlm berjihad di jln Allah dan
mata yg menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut
akan Allah."(Riwayat al-Dailami)
♥ TUDUNG PADA SUARA
-Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona,
Allah berfirman yg bermaksud,"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku
lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh orang yg dalam hatinya ada
penyakit." (Surah al-Ahzab 33:32)
♥ TUDUNG PADA HATI
-Hatinya terpaut pada mengingati Allah. Insya-Allah, apabila seseorang
wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala
kejahatan yg muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.
-ustaz Pahrol Mohamad Juoi
♥ NOTA HATI :
Tutup aurat insya-Allah selamat. Ingatlah, aurat di hati juga patut
ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah, aurat dihati
lebih penting dijaga daripada aurat di badan. Tegasnya, tudung mampu
menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen
dalaman seperti iman, keyakinan dan seumpamanya dijaga.