Hawa,
Andai
engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban
suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak
gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai
engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji
Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku
khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya
salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki
yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita
melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman
lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki
yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah
pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah
Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana
kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.....
No comments:
Post a Comment